Tudung saji merupakan alat atau pekakas dapur yang penting ada setiap rumah,digunakan untuk menutup makanan yang diletak di astas meha supaya tidak dihurung oleh lalat mahupun serangga lain.
Terdapat pelbagai jenis tudung saji yang berada dipasaran,bagi mereka yang sukakan rekaan estatik,mungkin boleh mendapatkan tudung saji tradisional yang diperbuat daripada buluh dan daun mengkuang
Jika mahukan rekaan yang biasa serta murah boleh didapati dalam bentuk pvc yang banyak berada dipasaran dan ia juga hadir dalam pelbagai jenis dan bentuk yang menarik pengguna untuk membeli.
D.I.Y guna plastik buat tudung saji
Bagi mereka yang tidak berminat mengeluarkan modal untuk membeli akan cuba untuk menjadi kretif dengan menghasiklkan tudung saji sendiri
Menerusi video yang telah dikongsikan pengguna instagram @longhoangqt rekaan tudung saji yang dibuat beliau menggunkan botol plastik besar
Cara amat mudah sekali,anda hanya perlu memotong botol air pada bahagian tengah kepada beberapa bahagian
Selepas itu,anda hanya perlu menyusun makanan secara bertingkat yang dipisahkan menerusi bahagian botol yang telah dipotong tersebut
Dapat dilihat,botol berkenaan dapat berfungsi sebagai tudung saji yang baik bagi melindungi makanan daripada mahluk serangga
Secara tidak langsung anda juga dapat mengitar semula botol yang terlah digunakan kepada barang baru yang dapat digunakan bagi tujuaan lain